Zairol + Huda
The successful marriage is not when you can live in peace with your wife,
but when you can't live in peace without her.
Labels: gethalal, islamicwedding, jombooking, malaywedding, nikahsanding, reception, weddinginspiration, weddingphotographer
Dah habis raya baru nak mengupload gambar
Ya Allah, lamanya tak bukak baby blog ni. Dah bersawang dah berhabuk dah ni. fuhhhhh.. fuhhhhhh.. *hembus habuk*. Kesian baby blog ni. Hari ni nak kongsi sikit gambar masa raya yang dah lepas. Dah habis raya baru nak mengupload gambar kat blog ni kan.
Hari Raya Pertama:
Seperti biasa pasti di pagi raya akan bersalam-salaman antara satu sama lain sebelum bergerak ziarah rumah saudara mara. Tunggu nangis dahulu baru ambil gambar. hihihi. Tahun ni masih seperti tahun sebelum2 ini tiada apa perubahan dalam keluarga iaitu penambahan ahli.. haha. Tahun ni kami sekeluarga memilih tema mustard & dark pink di sebelah family ayah.
Untuk gambar ni, abaikan muka ayah yang memang susah nak senyum. hahaha
Dayang-dayang Sam's Family datang ^^
Buai laju-laju hingga sampai hujung atap :D
My Siblings
Hari Raya kedua:
Beraya di kampung Tanjung Karang di rumah moyang. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi beraya bersama moyang. Moga moyang panjang umur dan dapat melihatku ke jinjang pelamin. Itu angan-anganku yang aku hajati. Biarlah dia lihat cicit dia ke jinjang pelamin dahulu.
Hyeeee adikkk ;D
Di pengakhiran raya:
Beraya di Putrajaya. Bersama keluarga sebelah ibu. Kami memang akan memilih tema yang sama setiap tahun =)
Makcik-makcikku yang suka bergambar, cuma anak dan bapak je yang tak suka bergambar. hahaha
Yeahhh..!! habis sudah gambar raya. Ni baru Throwback kembali raya ;D
Labels: family, raya2014
welcome 2014
Assalamualaikum,
Mulakan pagi di tahun baru 2014 dengan ucapan Syukur Alhamdulillah kerana hingga sekarang masih lagi dapat menghirup udara segar, masih lagi bernafas, dapat jejakkan kaki ke dunia baru. Masuk jer dunia baru, azam pun baru. Tetapi kenangan di tahun 2013 tetap segar dalam ingatan.
Ayuh kawan, tahun 2014 kita perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. If kita tak berazam di awal muharam haritu, now we start in open new year. In shaa Allah dengan keazaman yang kita ada dan usaha yang kita lakukan pasti akan berhasil azam kita itu. Lakukan perubahan itu sikit demi sedikit. Masuk tahun baru je, dunia dah baru, usia pun dah meningkat, kematian pula semakin dekat, tapi adakah amalan kita juga meningkat? dan pintu taubat masih lagi terbuka. Dunia baru ni, marilah kita sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Usia dah meningkat ni, harap-harap tahun ni Allah kabulkan permintaanku yang aku ingin sangat kecapi. Rancangan Allah kan sebaik-baik perancangan. Kita cuma mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya. Niatku cuma satu, dan hanya Allah saja yang tahu :')
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Selamat datang ke dunia baru
Selamat datang ke alam baru
Selamat datang ke hari tua
Selamat datang ke kehidupan baru
Moga kehidupan kita di dunia baru ini lebih di berkati.
Baraka Allah. In Shaa Allah.
Setelah sekian lama menyepi, baru hari ini terasa tangan ingin menaip dan berkongsi sesuatu. huhuhu. Nothing special actually, but just want to sharing only ^_^ . It's all about my life from self, parent, him, siblings, friend and work (=
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, sehingga ke hari ini, masih sihat dengan izin-Nya. Syukur alhamdulillah masih dapat bernafas hingga ke hari ini. Di bulan Muharam ini, marilah kita sama-sama berhijrah. Berhijrah ke arah yang lebih baik dan yang sempurna untuk menjadi seorang umat Islam yang soleh & solehah. Ada di antara kita sedang mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, termasuk diri Zeeyta sendiri. Di awal Muharam 5 NOVEMBER juga adalah "HARI KELAHIRAN" Zeeyta. Alhamdulillah. Telah meningkat usia Zeeyta =') . Itu tandanya makin tua. Hahahaha. waduhhh. Di awal Muharam juga Zeeyta ada membuat hajat. Hajat apa tu biarlah rahsia. ekekekeke =D .
Pada semua yang mengucapkan Selamat Hari Jadi saya terima kasih banyak2 terutama sekali pada orang pertama yang ucap, terima kasih banyak. I LOVE YOU. Ingat lupa, rupanya buat2 lupa. teheeee >_< . Semoga doa-doa kalian semua dimakbulkan. Ameen.
Di hari pertama Muharam, Zeeyta join seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan dari Dato' Dr Azizan Osman di Shah Alam Convention Center. Memang ramai sangat orang masa tu. Jalan sesak, parking padat sampai tak cukup ruang. Mereka datang untuk dengar seminar dari Dato' Dr Azizan Osman secara percuma. Memang best sangat & kena dengan seminar dia di awal Muharam. Betul-betul buat diri berhijrah.
Pada rakan-rakan ku sekalian, terima kasih sebab buat kejutan ini di hari-hari terakhir saya bersama kalian. Sangat-sangat terharu. Dalam tempoh masa hampir 2 tahun kita berkenalan, tak sangka saya akan keluar dari kelompok kamu semua :'( sangat sedih & hiba. Memang menangis nak tinggalkan kamu semua :(( . Mungkin ini kali terakhir saya sambut hari kelahiran saya bersama kamu semua, tetapi tidak pada persahabatan. Kamu semua sahabat yang baik. Saya akan bawa semua kenangan kita semua bila saya pergi nanti & pasti saya akan rasa rindu yang teramat sangat pada kamu semua terutama "6J GROUP".
Bulan baru semua pun baru, In shaa Allah akan menjadi yang terbaik.
11 November, akan bermulalah episod baru Zeeyta dalam kerjaya. Semoga semuanya baik-baik saja. Mungkin ini yang terbaik untuk diri Zeeyta pada masa sekarang dan juga pada masa kan datang. Doakan yang terbaik untuk Zeeyta ya :)
p/s: to scared actually
p/s/s: tenangkan hati & kuatkan semangat
Labels: family, fwenz, gurlz, life
"Give Away BUFDAY GURL By "YANA KHAI"
Selamat pagi uolls, waktu demam2 nie rasa malas sangat nak buat kerja office. Mungkin sebab selsema yang merimaskan kepala otak dan panas badan yang memeningkan kepala :'( . Lastly , buka Facebook kejap tuk ilangkan rasa rimas and ternampak satu GA birthday yang di buat oleh seorang kakak yang sangat aku kenali. Sempena birthday dia hari ini, dia buat GA ;) . Nak tahu lebih lanjut mari singgah blog dia ;) . Just click link
INI atau click pada gambar di atas tu :)
Labels: blogger, giveaway
Segmen Follow Jawab Teka-Teki dan Menang Hadiah
Baru buka blog tengok ada mesej suruh join segmen nie. Zeeyta saja nak try. mne tahu dapat ker.. hehe.
Dahlah tengah demam, batuk dan selsema waktu puasa ni. Sambil hilangkan pening dan badan yang macam dah nak pitam ni, Zeeyta saja ikut segmen ini.
Zeeyta just nak bagi jawapan saja. Ini main jawap jer, taak tahuu laa betul ker tidak. Naseb.. huhu
1- Huruf Jawi & Rumi belakangnya tajam ialah "VA" , "V"
2- Ulama mengharamkan wanita memakai "Tudung Saji" dan "Tudung Periuk"
3- Kereta tapi tak dipanggil kereta "Teksi"
4- Kaki
5- Siput Babi sebab siput tu dia bertelur dan babi tu beranak
Ahaaaa.. dah siap untuk segmen kali ini ;)
Harap-harap dapat la menang waktu sakit-sakit macam ni. huhu
Labels: blogger, segmen
Dah Bersediakah kita..??
Alhamdulillah.
Bila dengar perkataan Ramadhan jer rasa sangattttt tak sabar nak lalui nyeee lagi (>.<)
Rasa seronok menjalani ibadah puasa nie beramai-ramai dan yang paling penting sekali buka puasa.
Sangat-sangat seronokkkk..!!
Waktu puasa inilah kita makan beramai-ramai. Alhamdulillah. Indah bukan... yippiieeee (^^,)
In Shaa Allah kita semua akan menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih sempurna, lebih bermakna, dan penuhi hari-hari Ramadhan kita dengan amal ibadah dan semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini.
Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan tiba. Sudah bersediakah kita untuk menjalani ibadah puasa ini..?? Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan semua :)
Syukur Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan in shaa allah kita dapat laluinya.
Kelebihan-kelebihan di bulan Ramadhan:-
* Ramadhan adalah bulan Al-Quran
* Pintu-pintu neraka di tutup dan terbukanya pintu-pintu syurga
* Syaitan di gari
* Malam Lailatul Qadar
* Puasa adalah perisai kepada orang mukmin daripada kejahatan
* Puasa memasukkan seorang hamba ke dalam syurga
* Orang yang berpuasa diberi pahal yang tidak terhitung
* Orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa Allah
* Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi
* Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat kepada ahlinya
* Puasa merupakan kafarat (penghapus dosa)
* Pintu Rayyan bagi orang yang berpuasa
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari dosa-dosa. Dan berilah aku zikir untuk mengingatiMu secara berterusan dengan taufik dan petunjukMu. Wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat"
Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan rahmat, dan bulan berkat. Bulan kebajikan pahala berganda, bulan keampunan, dan doa diterima. Kutiplah pahala dan ganjaran dalam bulan Ramadhan ini. Carilah malam yang sebaik-baik seribu malam. Beramal ibadah lah kepada Allah tanpa kenal erti jemu dan puas dan perbanyakkanlah bertilawah Al-Quran. Beramallah kerana ALLAH bukannya kerana RAMADHAN.
"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" - al-Baqarah:183
Labels: blogger, ramadhan
Barakallah
Barakallah. Alhamdulillah. Ciptaan Tuhan paling INDAH sangat. Kelahiran khalifah di bumi Allah ini :) . Bau baby ialah bau Syurga. SubhanAllah. Semoga mereka menjadi Ibu Ayah yang baik kepada anak-anak mereka dan semoga anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Ameen.
Seronok, bahagia, gembira melihat Irine, Dena, Kak Fynn ada anak ;'D
Lagi-lagi anak mereka comel-comel. Suka sangat tengok :'D
Irine dan Dena adalah ibu muda yang telah melahirkan seorang bayi yang cukup sempurna sifatnya. Alhamdulillah. SubhanaAllah. Indahnya mahluk ciptaan Tuhan.
and for the last is anak buah someone ^_^ muka dye omeii anggattt...!!
geramm..!! Putih melepak macam ibu dia. This boy is Mohd Fahim Muqri.
Suka tengok anak mata dia sebab anak mata dia bolattt >_< macam pakai contact lens. hiks
"Semoga kamu semua di dalam generasi yang membangunkan negara Islam dan menegakkan negara Islam dan yang memperjuangkan tanah air daripada di rampas oleh orang luar. Semoga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah, yang selalu mendengar kata-kata ibu bapa kamu dan semoga kamu berjaya bila besar nanti. Jadilah seorang anak yang mengharumkan nama ibu bapa kamu. Banggakan mereka dengan kejayaanmu."
Labels: baby, blogger
Do you want get a big money..?
A simple work. Free Sign Up, and answer a simple job and you get a money ;) Let's join with us
Just click this
LINK (AssignJobs)
Bila kamu masuk link itu, mungkin kamu tidak percaya. Mana ada orang akan bagi duit free macam tu jer. Betul tak..? Actually, mula-mula Zeeyta pown tak percaya, tapi benda nie marketing kan. Kalau kita rajin memang akan dapat lah duit tu dari hasil kerja kita ;). Kalau kita tak try, kita takkan tahu betul atau tak. Link ni adalah satu cara kerja sampingan di alam maya. Dia cuma bagi kita soalan yang mudah untuk jawab, then bila kita dah habis jawab, kita akan hantar kerja tu tinggal mereka approve jer kerja kita ^^. Senang bukan..?? Bukan perlu bayar pun. Kia cuma buat kerja then dapat duit dari mereka ;)
Apa tunggu lagi..!! Ayuhhh..
Jangan takut, anda tidak akan rugi pun :)
Labels: blogger, business, marketing, sales
Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah, walaupun masa nampak singkat tapi dah pelbagai onak duri, liku-liku kehidupan yang berlaku dalam hidup. Gelak tawa, suka duka, nangis-nangis, bahagia, gembira, semuanya lah ku rasa dalam 10 bulan ni. Tapi tetap tenang menjalani kehidupan seperti orang lain. Kata orang, tak semestinya kita happy, muka selalu senyum tidak pernah rasa kesedihan. hikss. Typu jer tu semua. Tak kisah lah siapa pun antara kita, pasti akan rasa suka duka tu dalam kehidupan seharian. Mungkin orang nampak kita gembira tapi orang tak nampak hati kita gembira atau tidak kan.
Mugkin kita gembira sebab nak sorokkan kesedihan yang kita alami tu. Siapa tahu. hehehe. 10 bulan tu lama jugak taw..! Huhuhu. Tapi dengan 10 bulan tu membuatkan diri kita lebih matang sebenarnya. Matang dengan fikiran disebabkan oleh masalah/ujian yang melanda dalam masa itu. And one more thing must remember, Allah beri Ujian/Dugaan pada kita sebab Dia sayang pada kita. Allah nak kita selalu dekat denganNya. Hebat bukan. Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah sayang kita. Allah sentiasa ada di sisi kita. Mari kita renungkan dan muhasabahkan diri kita.
Harap Allah permudahkan segalanya untuk diriku untuk menjalani kehidupan seterusnya.
Berharap dirikiu lebih tabah dan sabar meranjau onak duri dalam kehidupan.
Kata orang sabarlah jika dilanda musibah, pasti suatu hari nanti kemanisan akan datang pada kamu.
Setiap orang Allah berikan lain-lain dugaan/ujian dalam kehidupan.
Tapi, kita berdoalah selalu agar semuanya dipermudahkan.
Dalam masa 10 bulan ni jugak lah ada seorang insan yang sanggup susah senang bersamaku. Tempat mengadu tak kisah lah gembira ke, sedih ke, semuanya ku luah dan kongsi bersamanya. Seperti tiada rahsia. Nasib baik S.A.B.A.R. huhuhu. Alhamdulillah. Terima kasih ;D terharu sesangat taww :'). Harap insan nie akan setia menemaniku hingga hujung nyawa :'D
Labels: life
The Sky Blue
Kami bukan model, tapi kami lagak macam model. Mintak ampun ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian. Kami kalau dah bergabung 6 orang memang camera jer la jawabnya >,< . Kerja di office tapi bergambar jer kerjanya, kalah artis gituu. Artis pun tak macam tu agaknya. hehehe. Sampai kami dah ada studio sendiri. haha. Gambar nie dah dekat seminggu dalam pendrive. Tak sempat lagi nak masukkan dalam blog. Malam nie amik masa kejap upload before masuk tidur sebab dah ada orang warning suruh masuk tidow awal. huhu. Kami di beri gelaran oleh someone '6J'. J tu boleh mention banyak perkara kan..?? huhu. But only we know. Jom layan gambar '6J'. Banyak gambar jer dari cakap. Sorry.
Gambar ku dalam camera..?????
*SHOCK*
*pengsan*
Terima kasih pada orang yang mengambil saya ^_^
Gwiyomi style and action.
Macam-macam upe addoo. huhu
Yeahhh..!! kami lah the 6J Princess ^_^*
Dari gambar boleh menggambar semuanya. Sedih, gembira, suka, duka, gelak, tawa semua ada ^_^. Kami dah macam satu family even cuma rakan sepejabat.
Erghhhh..!! entry kali nie agak bosan kan..!
Harap maap yerr.. Mata dah ngantuk, perlu masuk tidur dah nie.
Good Night and sweet dream para pembaca :)
Labels: fwenz, girl, womenday